30 Julai 2009

PERSIDANGAN PUTERI 2009







30 JUN 2009 - Tahun 2009 merupakan tahun ke-9 bagi Puteri UMNO Cawangan Keramat Jaya bersidang. Tahun ini juga merupakan tahun pemilihan bagi Jawatankuasa baru. Puan Suzie masih diberi tanggung jawab sebagai ketua Puteri untuk memimpin Gerakan ini sekali lagi, begitu juga Puan Syima masih memegang jawatan Naib Ketua Puteri. Seperti biasa tiada sebarang pertandingan di adakan untuk menentukan pemegang jawatan. Semua ahli masih tetap mengekalkan sikap kompromi dan bertolak ansur. Majlis bermula jam 8.45 malam dan berakhir jam 9.20 malam. Cik Liza mewakili Puteri UMNO Bahagian Titiwangsa dipertanggungjawab mengesahkan persidangan ini dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik dan lancar.

3 ulasan:

UMNO Cawangan Gombak Selatan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
UMNO Cawangan Gombak Selatan berkata...

Salam Perjuangan,

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan mengucapkan Syabas buat anda yang mengambil inisiatif mendekati masyarakat melalui Blog.

Sama2 lah kita berjuang dalam menjawab segala dakyah2 yang dilemparkan pihak pembangkang agar masyarakat mengetahui perjuangan murni kita demi Agama, Bangsa dan Negara.

Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, EN. ABD. RAZAK MUHAMAD mengucapkan Salam Persahabatan khas buat anda.

Sekian, Ikhlas dari,

SHAMSURY MOHD SALLEH
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN,
BAHAGIAN WANGSA MAJU.

ps : Blog anda kami senaraikan (Link) antara Blog pilihan di blog kami.

SUE berkata...

Salam hormat dan salam perjuangan juga kepada Encik Shamsury dan barisan jawatankuasa UMNO Cawangan Gombak Selatan.

Terima kasih yang tak terhingga kepada tuan diatas pujian dan kesudian melawat laman web kami. Web kami ini masih baru dan di dalam peringkat belajar lagi..baru bertatih kata orang.. tak setanding rasanya dengan web UMNO Cawangan Gombak Selatan yang grand itu.

Jika ada sebarang komen atau kerjasama boleh lah kita berhubung disini ya..terima kasih yang tidak terhingga.

Suzie
Ketua Puteri UMNO
Cawangan Keramat Jaya