19 Ogos 2009









19 Mei 2009 - Jam 8:00 malam menjadi satu titik bersejarah bagi kami ahli-ahli Puteri dan berberapa ahli Wanita UMNO Cawangan Keramat Jaya. Kami beramai-ramai telah menziarah kerumah-rumah warga susah atau sakit yang telah dikenal pasti lebih awal. Tujuan ziarah ini adalah untuk mengagihkan bekalan makanan dan lampin pakai buang dewasa kepada mereka yang memerlukan. Biar pun tidak seberapa sumbangan kami ini tetapi ianya datang dari hati kami yang tulus dan ikhlas. Barangan-barangan ini telah di beli menggunakan hasil daripada jualan semasa Program Jumble Sale @ Bundle Sale 1/2009 lalu. Semoga dengan usaha dan pendekatan kami ini akan menjadi contoh serta ikutan kepada warga UMNO yang lain. Sama-samalah kita menggembeling tenaga demi mendekati rakyat disamping dapat beramal dan mendapatkan semula kepercayaan masyarakat terhadap UMNO yang masih releven. Terima kasih juga dari saya kepada individu yang telah menyumbang dan mereka ahli-ahli Puteri yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha kita ini mendapat keberkatan dan hidayah dari Nya. Insya Allah.

30 Julai 2009

PERSIDANGAN PUTERI 2009







30 JUN 2009 - Tahun 2009 merupakan tahun ke-9 bagi Puteri UMNO Cawangan Keramat Jaya bersidang. Tahun ini juga merupakan tahun pemilihan bagi Jawatankuasa baru. Puan Suzie masih diberi tanggung jawab sebagai ketua Puteri untuk memimpin Gerakan ini sekali lagi, begitu juga Puan Syima masih memegang jawatan Naib Ketua Puteri. Seperti biasa tiada sebarang pertandingan di adakan untuk menentukan pemegang jawatan. Semua ahli masih tetap mengekalkan sikap kompromi dan bertolak ansur. Majlis bermula jam 8.45 malam dan berakhir jam 9.20 malam. Cik Liza mewakili Puteri UMNO Bahagian Titiwangsa dipertanggungjawab mengesahkan persidangan ini dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik dan lancar.

27 Mei 2009

PERBINCANGAN & PERSIAPAN SEBELUM PROGRAM







Ahli-ahli Puteri, Pemuda dan Belia 4B bekerjasama menyediakan dan menyusun atur keperluan sebelum program berlangsung. Semangat bersatu hati dan kemesraan jelas kelihatan di wajah setiap yang turut sama dalam Program murni ini.
Walaupun kami tidak mendapat apa-apa imbuhan mahupun bayaran tetapi demi kelangsungan hidup insan lain yang memerlukan, kami sanggup untuk melakukannya dengan penuh rela hati. Semoga segala usaha kami ini akan mendapat balasan dari Allah s.w.t. dan menjadi contoh serta ikutan.

26 Mei 2009

JUMBLE SALE@BUNDLE SALE 1/2009






11 APRIL 2009 - Pada hari ini, Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Keramat Jaya, telah mengambil langkah murni dengan mengadakan program berbentuk jualan barangan lama dan terpakai dengan tujuan utama untuk mendapatkan dana bagi membantu golongan/warga susah di kawasan perumahan ini. Usaha kecil kami ini diharap dapat membantu meringankan bebanan mereka. Program ini mendapat kerjasama daripada UMNO Cawangan Keramat Jaya sendiri, Puteri UMNO Bahagian Titiwangsa, Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Gerakan Belia 4B Keramat Jaya dan Gerakan Belia 4B Pangsa Murni Keramat Jaya. Hasil dari pendapatan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan harian dan didermakan kepada mereka yang memerlukan. Kami berharap usaha ini akan menjadi contoh dan ikutan kepada cawangan2 yang lain dan jika diizinkan kami akan melanjutkan program ini untuk siri2 yang seterusnya...Insya Allah. Kepada badan koperat atau individu yang ingin turut membantu atau menderma bolehlah berhubung terus dengan Ketua Puteri Cawangan Keramat Jaya melalui blog ini. Terima kasih.